The real fighter

1.11.2015. Ada apa dengan November?

Sebenarnya tak pernah teringin pun ingat tarikh untuk setiap hari. Tak pernah nak ambil tahu macam dulu.

Sebelum dia didiagnos punya Major Depressive Disorder, saja ingat tarikh sebab suka tulis tarikh cerita atau filem yang akan ditayangkan di papan putih.

Saja suka tulis tarikh-tarikh istimewa di dalam diari.

Saja suka raikan sambutan hari lahir.

Cuma, selepas dia sakit, semua itu hilang dari hidup.

Rasa untuk meraikan juga turut hilang. Akhirnya dah tak ingat semua tarikh yang penting dan juga tarikh hari yang dia bangun dari tidur.

Kena buka buku catatan baru ingat apa yang perlu dibuat untuk tarikh tersebut.

Sangat sudah biasa tidak diraikan. Jadi tidak terasa terlalu ralat untuk tidak diraikan selepas sakit.

Cuma kadangkala ia membuatkan dia gembira. Bila dia rasa, masih ada orang yang ingat dan sayang padanya

Pesakit Major Depressive Disorder sepertinya rasa keseorangan hampir setiap masa. Walaupun ramai orang di sekeliling.

Syukur, setiap kali rasa sunyi , Tuhan hantar pelukan melalui manusia lain. Indahkan kalau kita rasa setiap pelukan dari Tuhan?

Alhamdulillah. 1 November 2018, dia masih hidup dan teruskan perjalanan menjadi pejuang depresi.

Walaupun ada jatuhnya, dia tetap bangun untuk sekelumit perkongsian buat semua orang.

Nombor 1 dan nombor 11 dia anggap sebagai nombor bertuah. Sangat bertuah.

Apa istimewa sangat dengan nombor 111? Bila kehidupan sentiasa menjadi lebih baik setiap kali 1.11 setiap tahun. (mungkin juga tarikh pulangnya kan?)

yang benar, Dia – yang juga aku.

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: