Their bright side

Ini cumalah satu pandangan peribadi. tak ada yang menarik maka tak perlu eksaited ini cuma cerita biasa. tak payah ambil serius sangat. jangan expect ada sesuatu yang outstanding and amazing, sbb aku pun sumpah nothing.

Aku bertemu dengan begitu banyak pejuang depresi dari pelbagai latar belakang yang punya empati tinggi. sihat atau sakit- tak pernah lupa orang lain. Bahkan lebih memahami manusia lain lebih daripada masyarakat normal yang sihat mental disebabkan kesukaran yang pernah wujud dalam hidup menyebabkan mereka menjadi begitu empati.

Mereka sentiasa memberi dan terlalu jarang menerima. Akibat selalu memberi dan mendahului orang lain sampai satu tahap mereka meminta sama dengan apa yang diberi. Akibat tidak sampai apa yang dijangka, mereka mudah kecewa dan murung.

Kerana ini mungkin, mereka diuji agar lebih berhati memberi dan meletakkan limitasi.

Ramai daripada pejuang ini cerdik, kreatif, inovatif dan intelektual. Kepayahan mengawal emosi dan fikiran menjadikan mereka hebat dalam berfikir malah dalam bab berkarya. Tekanan menjadikan arang bertukar menjadi intan dan belian sebagaimana juga manusia.

Antara satu cara memanusiawi pemikiran manusia itu juga melalui tekanan. Ada juga kajian mengatakan pesakit depresi memiliki IQ yang tinggi. Disebabkan itu ramai penyakit depresi mempunyai “racing thoughts” yang kuat.

Hujung bab buku Medical Wisdom tulisan Dr Zul Azlin : “Does the belief that illness (mental illness especilally ) are broughy about by jin increase a person iman?”

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: